Masjid Kg Ulu, Melaka Tengah,Melaka 1728: Aku pernah berucap di dalamnya!
1. Pernahkah anda semua sampai,bersolat atau menziarahi Masjid Kampung Ulu, Melaka Tengah Melaka? Mungkin ini persoalan yang biasa bagi anda semua. Namun bagi aku berpeluang berada di sana dan juga di beri perhormatan untuk berucap ditengah-tengah Masjid itu adalah suatu pengalaman yang besar bagi diri aku sebagai seorang Melayu yang beragama Islam dan tidak akan aku lupakan hingga akhir hayat. 2. Apa istimewanya Masjid ini? Jikalau kita tidak mahu belajar sejarah kita tidak akan jumpa keistimewaannya. Sebagai pembuka coretan kata perlu aku maklumkan bahawa Masjid Kg Ulu, Melaka ini adalah Masjid yang tertua terbina di Malaysia dan masih berfungsi hingga ini. 3. Jika diikutkan sejarah, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka ada sebuah masjid di bina di mana dipercayai lokasi pembinaannya adalah kawasan bersetentang dengan bangunan Stadhuys (Bangunan Pentadbiran Penjajah Belanda kini dicat merah jambu). Namun semasa tentera Portugis menakluk Melaka pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis te...